PERKHIDMATAN

1.1.11

Produk & Perkhidmatan

Penulisan Wasiat Profesional
Wasiat ertinya iqrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya untuk disempurnakan yang dibenarkan menurut hukum syarak selepas dia mati.

Waris telah ditetapkan dalam Islam. Suami, isteri, Ibubapa dan anak-anak yang sah (dengan syarat mereka beragama Islam) tidak terhalang sama sekali daripada mewarisi harta simati.Cucu contohnya, tidak dianggap sebagai waris yang layak mewarisi secara automatik dia hanya akan mewarisi harta simati dalam keadaan tertentu. Golongan yang tidak dianggap sebagai waris yang layak mewarisi menurut Islam adalah anak angkat, anak luar nikah, ibu bapa angkat, dan lain-lain lagi.

sila klik pada gambar untuk zoom-in

sila klik pada gambar untuk zoom-in


Islam membenarkan orang Islam menulis Wasiat ke atas satu pertiga daripada hartanya kepada orang yang disayangi samada mereka Islam atau tidak atau untuk kebajikan asalkan ia menurut Syariah.

Orang Islam yang mempunyai harta yang mahu memberi manfaat kepada yang berikut:
Mempunyai cucu
Anak Angkat
Kawan baik
Ahli keluarga bukan Islam
Mempunyai anak yang bukan Islam daripada perkahwinan terdahulu
Masjid
Badan Amal
Hospital

Kepentingan Wasiat
1) Melantik Pelaksana Harta (WASI)/Pentadbir Harta

2) Melantik Penjaga (Bagi yang  mempunyai anak berumur bawah 18 Tahun)

3) Mempercepatkan proses perundangan (Probet & Sijil Faraid)

4) Memberi 1/3 daripada harta kepada bukan waris

5) Menyampaikan Pesanan Terakhir Pewasiat





Perlantikan Wasi

Menulis Wasiat mungkin menjadi pilihan bagi seseorang, pemilihan seorang Wasi bagi sesuatu Wasiat perlulah dibuat berdasarkan pertimbangan yang wajar dan berhati-hati.

Wasi adalah orang yang dilantik di dalam Wasiat untuk melaksanakan hasrat dan arahan pewasiat. Walaubagaimanapun Wasi mungkin jatuh sakit, meninggal dunia atau tidak mahu bertindak sebagai Wasi. as-Salihin bersama dengan Penasihat Syariah akan memastikan pentadbiran harta pusaka kepada semua waris/penerima.

Adalah sukar untuk memilih seorang wasi bagi Wasiat anda. Kesejahteraan keluarga anda adalah yang paling utama dan bergantung pada Wasi yang anda pilih. Wasi yang bertanggungjawab akan menjaga keluarga anda dengan selamat. Pemilihan yang tidak tepat akan menyebabkan anda meninggalkan keluarga anda dalam keadaan menderita.

as-Salihin diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dan didaftarkan di bawah Akta Syarikat Amanah 1949, ia terikat dengan peruntukan undang-undang dalam memberi perlindungan kepada benefisiari yang diamanahkan kepadanya. Ia adalah syarikat yang kekal dan tidak perlu untuk mengeluarkan jaminan untuk bertindak sebagai wasi anda atau pengganti wasi.

Lantiklah as-Salihin sebagai Wasi atau Wasi Pengganti bagi Wasiat anda, anda akan dijamin bahawa dengan bantuan pakar Syariah dan sokongan oleh Lembaga Penasihat Syariah, as-Salihin akan melaksanakan hasrat anda hingga selesai dan memastikan kesinambungan dalam proses pentadbiran hingga ke pembahagian harta yang terakhir.

sila klik pada gambar untuk zoom-in




Deklarasi Hibah
Hibah ialah pemberian aset kepada seseorang yang lain tanpa balasan daripada sebelah pihak (penghibah) dan penerimaan daripada sebelah pihak (penerima hibah). “Pri-Hibah” adalah produk as-Salihin yang mengunapakai “Hibah” sebagai satu mekanisma untuk menjamin hak anak-anak setlor. Ianya adalah suatu pemberian.

Deklarasi Hibah

Deklarasi Hibah ialah satu deklarasi yang dilakukan oleh pemilik aset yang menyatakan bahawa beliau memberi aset tersebut kepada benefisiari dan beliau memegang aset tersebut untuk kepentingan benefisiari. Ia adalah dokumen bertulis yang mengandungi syarat dan terma penghibah memegang aset tersebut.


Ciri-ciri Pri-Hibah di as-Salihin;
- Berkuatkuasa serta merta selepas deklarasi dibuat.
- Hanya pemberian daripada ibu/bapa boleh dibatalkan.
- Tidak tertakluk kepada hukum Faraid akan tetapi mengikut terma di dalam Deklarasi Hibah


Kelebihan membuat Pri-Hibah

1) Aset Pri-Hibah tidak dianggap sebagai harta pusaka penghibah (kerana ia memberi kesan serta merta       mengikut terma dan syarat di dalam Deklarasi Hibah) oleh itu ianya terkeluar dari undang-undang pembahagian Faraid. Ia boleh digunakan sebagai instrument untuk membuat pembahagian samarata untuk anak-anak.

2) Setlor mempunyai kuasa untuk membatalkan Hibah.

3) Setlor boleh memastikan benefisiari dijaga walaupun beliau dalam keadaan tidak berupaya.

4) Setlor masih boleh menerima manfaat aset Pri-Hibah semasa beliau masih hidup dan boleh melantik seseorang untuk menjadi penjaga kepada manfaat kanak-kanak tersebut.

0 comments: