2008
2009
Harta yang tidak dituntut telah melonjak ke RM2Billion hanya dalam masa setahun. Apakah tindakan anda untuk memelihara dan memastikan harta-harta peribadi anda tidak dibekukan dan seterusnya dapat digunakan oleh waris-waris anda?
As-Salihin Trustee Berhad
As-Salihin Trustee Berhad adalah sebuah syarikat amanah dibentuk di bawah Akta Syarikat 1965 dan didaftarkan di bawah Akta Syarikat Amanah 1949.
Ditubuhkan untuk memenuhi keperluan umat Islam bagi memelihara, melindungi dan mengagih harta berkaitan perancangan harta yang berdasarkan prinsip Syari’ah.
Apa itu Perancangan Harta Islam
Pengurusan Harta Pusaka secara teratur dan sah menurut Undang-undang dan Hukum Syarak.
Mengapa Perlu Perancangan Harta Islam
Di dalam pengurusan kewangan yang menyeluruh, kita boleh simpulkan bahawa ia terbahagi kepada 4 fasa;
1) Wealth Creation
fasa ini menjelaskan bahawa purata kita menghabiskan masa selama 30-40 tahun bekerja untuk kehidupan seharian dan mengumpul seberapa banyak asset
2) Wealth Protection
fasa ini bermaksud semasa hayat, individu akan menggunakan insuran/takaful untuk memelihara dari berlaku musibah
3) Wealth Accumulation
fasa ini beerti individu membuat pelaburan seperti membeli real estate, unit trust, ASB, bonds dan sebagainya
4) Wealth Distribution
Kita sering menyangka bahawa apabila kita meninggal dunia, harta-harta kita akan diagihkan secara automatik kepada waris-waris kita. jika benarlah ini berlaku, pasti isu RM40Billion seperti di atas tidak akan terjadi. Oleh itu, amat lah penting jika kita merenung sejenak dan berani mengambil keputusan untuk merancang harta pusaka kita.Banyak masalah akan timbul tanpa Perancangan Harta Islam
1) ISU HUTANG
Sabda Rasulullah s.a.w.:
"Diampuni semua dosa orang yang mati syahid kecuali hutang".
Riwayat Muslim
Saya meletakkan isu hutang pada tempat pertama kerana isu hutang amat penting sebagai seorang muslim.
terdapat 2 jenis hutang;
Hutang Dunia: pewasiat tidak sempat melangsaikan hutang income tax, fasiliti-fasiliti bank, hutang dengan individu dan sebagainya.
Hutang Akhirat: zakat, fidiah kerana meninggalkan berpuasa, kewajipan haji, kaffarah puasa dan hutang sesama manusia.
Jika kita masih fikir yang kita tidak mampu untuk melangsaikan segala hutang semasa hidup, insuran/takaful adalah mekanisme terbaik untuk mengelak kita meninggalkan hutang.
2) ISU PEREBUTAN HARTA DI ANTARA WARIS
Jangan fikir insiden seperti ini tidak mungkin berlaku pada keluarga anda. Dari harta sekangkang kera hingga ke asset bernilai RM400 juta, insiden-insiden seperti ini boleh berlaku jika si mati tidak menyediakan satu perangan harta yang komprehensif.
3) ISU KOS YANG SEMAKIN TINGGI
Sesetengah dari kita berpandangan kos menulis wasiat & estate administration adalah mahal. namun hakikatnya, apabila si mati tidak meninggalkan wasiat, kos untuk naik turun mahkamah adalah jauh lebih mahal. Ini belum lagi ditambah dengan kos upah peguam, kos mahkamah, kos mendapatkan LA(letter of administration).
Sistem Pembahagian Harta Pusaka di Malaysia
- Menyelesaikan perbelanjaan pengkebumian;
- Menyelesaikan hutang-hutang (dunia dan akhirat);
- Melaksanakan wasiat;
- Menyelesaikan tuntutan harta sepencarian;
- Membahagikan harta yang tinggal mengikut Sistem Faraid.
Mengapa as-Salihin?
as-Salihin adalah sebuah syarikat amanah dan sebuah syarikat yang berterusan. Dengan kakitangan sepenuh masa, akan sentiasa memastikan kesinambungan dalam proses pentadbiran hingga pembahagian harta yang terakhir.
1) Bertanggungjawab dan Adil
Tidak seperti pemegang amanah individu, as-Salihin sebagai badan yang dikawal oleh undang-undang mesti memastikan wang yang diamanahkan diurus, dijaga serta diagihkan dengan baik. Selain itu, sebagai badan korporat, as-Salihin bebas dan adil kepada semua benefisiari berbanding pemegang amanah individu yang mungkin mempunyai hubungan serta terikat dengan emosi terhadap benefisiari.
2) Profesional dan Kemampuan
Dengan melantik as-Salihin , anda pasti berpuas hati dengan profesional dan kemampuan untuk menjalankan keseluruhan pentadbiran pada kos yang berpatutan.
3) Pengecualian daripada Bon Pentadbiran
Wasi adalah individu yang dilantik di dalam Wasiat untuk mengendalikan arahan dan kehendak Pewasiat. Sekiranya berwasiat, Bon Pentadbiran diperlukan jika tiada Wasi, di mana pentadbir akan dilantik dan diberi Surat Kuasa Mentadbir dengan Wasiat. Bon Pentadbiran diperlukan jika nilai kasar harta pusaka melebihi RM50,000 kecuali Syarikat Amanah dilantik sebagai Pentadbir. Sebagai Syarikat Amanah, as-Salihin dikecualikan daripada keperluan Bon Pentadbiran.
4) Proses Undang-Undang yang Segera
Dengan melantik as-Salihin sebagai Wasi anda, proses undang-undang untuk mentadbir harta anda selepas kematian dapat dijalankan dalam masa yang singkat dan tiada pertelingkahan untuk melantik pentadbir harta.
5) Kemudahan
Di as-Salihin kami menyediakan perkhidmatan untuk kemudahan anda - Perancang Harta Islam kami bersiap sedia membantu anda pada bila-bila masa dan di tempat bersesuaian dengan anda.